LOVE

LOVE

About Me

My photo
simple people..sgt syg orang disekelilingnya...sgt mengutamakan hati dan kepentingan orang lain lebih dari hatinya sendiri...i luv my husband...sampai syurga firdausi...
Powered by Blogger.

cik purple

cik purple

Tuesday, January 18, 2011

~ Budin benci kucing ~

alahai..comeiinya kucing2 ni..kucin sapa la ni.cik purple ni tkut kucin ye buat pengetahuan sume.tkut dia gigit.lawak je kan.tp nk plak ajk dia main2 kn.abh cik purple plak nk bela kucin wrna hitam jek.pastu kucin jntan.cmnor tu...cmnor tu..tu la syarat2 abah cik purple tetapkn klu nk bela kucin..lg 1 klu dia trberak or trkncing even skali pn tiada maaf bg mu wahai kucin..sian kn...adoyaiii abah ku ini.tk kisahla.yg pnting dia sgt pnyayang ngn kucin2 dia.

jom kta tgk story mory kt bawah ni..tk blh blah budin ni..hampeh tahap cipan....






Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah
dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin
bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada
kucing.
Bukan
itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada
membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing
terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya,
Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan
sehari-hariannya.
Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok
berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat
rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya,
Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi ,
Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat
dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor
kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu
dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah
dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti
Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan
sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan
Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh
dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok
berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu
sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal
lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi
jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan
ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok,
segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok
dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.
Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh
suspen lagi berdebar-debar. ..

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni "

No comments:

Post a Comment