LOVE

LOVE

About Me

My photo
simple people..sgt syg orang disekelilingnya...sgt mengutamakan hati dan kepentingan orang lain lebih dari hatinya sendiri...i luv my husband...sampai syurga firdausi...
Powered by Blogger.

cik purple

cik purple

Wednesday, January 19, 2011

Aura ANIS AYUNI

Mengenai Penulis

ANIS Ayuni dilahirkan di Bentong, Pahang pada 1 April 1963. Mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya sehinggalah ke Tingkatan Enam di SMK Sulaiman, Bentong. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial dari Universiti Malaya 1986 (Pengajian Asia Tenggara). Kemudian melanjutkan pelajaran dan memperolehi ijazah Sarjana dalam bidang Perancangan dan Pentadbiran Pendidikan dari Universiti Malaya (2004). Kini beliau memegang jawatan sebagai Penyelia Petang di SMK Seri Saujana, Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur. Ibu kepada dua orang anak lelaki ini terus aktif menulis setelah novel pertamanya, Suara Hati (2002) mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pembaca. Kemudian menyusul pula Yang Terindah (2003) dan yang ketiga Manisnya Cinta (2004). Dalam menghasilkan karya kreatif, beliau sedar garapan haruslah berupa gandingan antara fantasi dan realiti. Namun beliau sangat menitikberatkan logik dalam menggarap satu-satu peristiwa. Seboleh mungkin beliau cuba mengaitkannya dengan realiti yang biasa terjadi dan bukannya sekadar khayalan atau mimpi. Namun novel-novel beliau tidak lepas dari membicarakan soal cinta, sokongan ibu bapa dan keluarga serta prinsip seseorang dalam membuat keputusan. Dalam tawa, ada air mata dan sengketa. Itulah ramuan yang menyebabkan pembaca tidak jemu menatap hasil penulisan beliau. Kali ini, novel keempatnya Gemersik Kalbu memaparkan kisah kehidupan dan suka duka golongan guru dalam mendidik anak bangsa agar menjadi orang yang berguna. Ia juga menyulamkan kisah sedih seorang anak yang bertahun-tahun amat mendambakan kasih sayang daripada seorang ibu dan ayahnya. Akhirnya, yang baik itu akan menemui kebahagiaan juga kerana takdir adalah dari ALLAH.


antara novel2 hangat beliau di pasaran...



Manisnya Cinta


Sinopsis
APAKAH nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?

Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!

Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?

Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?

Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.


Bayangan Rindu


Sinopsis
KISAH cinta Iddya yang penuh pahit manis. Cinta pertamanya dengan Baein, teman sekelasnya tidak kesampaian apabila pemuda itu mengalih cinta kepada gadis lain. Biarpun kecewa, Iddya tabah menghadapi dugaan ini.

Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi ikatan itu putus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan pada diri Iddya. Pada Umar Aisy, bekas teman sekolahnya, dia mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba. Lelaki itu sentiasa memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan.

Apakah Iddya akan menemui cinta sejatinya selepas ini? Siapakah lelaki yang bertuah itu? Pepatah ada mengatakan; gadis yang baik akan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik juga.

Suara Hati

Sinopsis
Cinta tidak semestinya bersatu. Terperangkap dalam dilema membuatkan dia terpaksa membuat kepu-tusan. Pilihan ibu dan ayahkah yang perlu dituruti sedangkan jauh di lubuk hati, selaut kasihnya telah tercurah pada Haris, pilihan sendiri.

Hari berganti, bulan berlalu, Haris yang dinanti menghilang tanpa khabar berita. Separuh rela, lamaran Naim terpaksa diterima. Mereka berbahagia. Namun, sayangnya mendung menjelma. Dalam penantian menyambut kelahiran anak kedua, suami tercinta pergi buat selamanya.

Tika duka membadai di hati, terjadilah pertemuan tanpa diduga. Haris yang disangka telah mengalih cinta, ingin kembali dalam hidupnya semula. Sudikah dia menerima lelaki itu sedangkan luka di hati masih terasa. Dan... andai cinta pertama telah di-kecewakan, masih wujudkah cinta untuk kali kedua?


Gemersik Kalbu


 

Sinopsis
Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?


Kau Kekasihku

Sinopsis
Dhira yang baru sahaja dilukai oleh seorang lelaki menyatakan bahawa dia tidak mahu bercinta lagi. Namun, hatinya kalah dengan kenyataannya itu apabila terpaut dengan Zairi ketika melancong ke Beijing. Sejak pertemuan yang membibitkan kenangan manis, hubungan Dhira dengan Zairi semakin mesra selepas pulang dari melancong. Namun, Dhira pasrah walaupun Zairi menunjukkan sikap prihatinnya dan cemburu, lelaki itu agak sukar menyatakan cinta kepadanya.

Akhirnya, lafaz cinta keluar dari bibir Zairi dan ingin melamar Dhira menjadi suri dalam hidupnya. Namun, ada sesuatu yang menjadi persoalan dalam diri Dhira, apabila dia tidak pernah disentuh oleh suaminya sendiri selama di alam perkahwinan.

Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Zairi? Mengapa dia tidak mahu menyentuh Dhira sedangkan tanggungjawab lain ditunaikan? Adakah kerana Dhira yang menjadi puncanya? Akhirnya, Dhira dapat menemui jawapannya yang sering membelenggu dirinya. Antara kasihan dan kasih, perlukah Dhira mengharunginya bersama suami tercinta?

Yang Terindah

Sinopsis
Elly, gadis pingitan yang tidak pernah mengecap kasih seorang ayah. Lalu, rasa sayangnya tertumpah pada Zahari, lelaki tempatnya berkongsi suka dan duka selama ini. Masa yang berlalu menginjak usia. Rupanya dalam diam, telah lama lelaki itu menaruh hati terhadapnya.

Tapi, mana mungkin dia membalasnya. Dia tidak tega menerima lafaz cinta seorang lelaki yang telah bertahun-tahun dianggapnya sebagai abang sendiri. Lantas dia mengambil keputusan menjauhkan diri.

Namun, perpisahan itu menyedarkannya bahawa lelaki itu amat dekat di hati dan dikasihi. Payahnya menerima hakikat; perpisahan itu begitu menyakitkan, mendera rindu dan menghukum perasaan sendiri.

Saat hatinya terbuka untuk menerima Zahari, kehadiran Dr. Hazlin merobek segala impian. Berjayakah dia memiliki semula hati lelaki yang telah ditolak cintanya itu atau cukupkah sekadar mengabadikan momen terindah itu dalam kenangannya?

Persoalan demi persoalan tidak terungkai, namun yang pasti lelaki itu amat dicintainya...

Dia la antara pnulis kegemaran cik purple.sume novel kt atas sume cik purple ade.mint sungguh nmpknya ni.tp pnulisan dia memg power.cik purple akui.siap mintak sign dia lg klu pi pesta buku kt PWTC.klu anda sume brminat blhla try beli n baca.yg pling best novel manisnya cinta n gemersik kalbu.memg nangis la bce..


 

2 comments:

  1. sy rasa 2 novel tu yg best.yg trindah tk best sgt.byk konflik...tp ikut slera msing2.

    ReplyDelete