LOVE

LOVE

About Me

My photo
simple people..sgt syg orang disekelilingnya...sgt mengutamakan hati dan kepentingan orang lain lebih dari hatinya sendiri...i luv my husband...sampai syurga firdausi...
Powered by Blogger.

cik purple

cik purple

Thursday, December 27, 2012

50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah



boleh kita amal kan sama2 utk para isteri dan suami....moga2 mmperoleh keberkatan dunia dan akhirat insyaAllah....


50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.





crdt to http://www.facebook.com/rumahtanggakeluargamuslim?ref=stream&group_id=0





Wednesday, December 26, 2012

muffin coklat







muffin coklat in da house...



bahan2 : 


1/2 cwn mentega, 1/2 cwn minyak jagung, 2 cwn gula perang, 2 bji telur, 3 cwn tepung gandum, 1 sudu baking powder & soda bikarbonat, 3 sudu serbuk koko, 250ml susu segar (coklat) & coklat cip utk hiasan 



cara2 :



 panaskan oven dlu pd suhu 180'C slame 15 minit . pukul mentega, myk jagung & gula perang . masukkan telur . masuk tepung, soda bikarbonat, serbuk koko & baking powder . campurkan susu segar . bakar selama 20 minit 




boleh try ye kat umah masing2
msti anak2 suka
hihihi




Thursday, December 20, 2012

pesanan buat isteri








:: 6 PESANAN BUAT ISTERI ::



1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.


2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.


3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."



4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.



5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.



6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.




crdt to pakar diari hati....azam di hati menjadi isteri terbaik untuk sang suami..moga2 Allah mendengar doa sy tu...








Tuesday, December 18, 2012

durian crepe..hasil air tangan sendiri...







tu diaaa...nampak tak?? nampak tak???


sila abaikan rupa crepe tu ok...kalau tangan tak berseni tu macam ni la rupa dia kannnnn
tp en asben layankan je la
sy asik nk beli durian je
pi la dia bwak beli durian bagai
nak wat durian crepe katanyer...


nak wat kulit dia
aduh
susahnya la
memang mencabar kredibiliti sy yang memang taktau memasak ni kan
hihihihi


tp cubaan demi cubaan menebar kulit dia
alhamdullillah
menjadi
walaupun tak berapa nak sempurna hasil kejadiannya


en asben asik ckp
letak durian tu byk ckit
krim nya letak cikit ke
klu krim banyak
bukan durian crepe jadinya
nnti jadi durian crepe crok crek
pandai2 je dia kannnn bg nama sendiri
haihhhh
macam2 laki sy ni
hihihih...



lain kali kita wat eksperimen lagi ok
hihihi

chow chin chow







Tuesday, December 11, 2012

12.12.12





12.12.12


nice date
selamat ulang tahun abah
uda sayang abah sangat2
esk birthdy abah sy
tapi sy da celebrate ahad lpas
coz kmi adik bradik tk cuti esk


semoga abah mmperoleh umur yang barakah
ksihatan yang baik
rzki yang melimpah
insyaAllah
terima kasih utk sgala pengorbanan kamu pada kami
from luv.....^_^








Thursday, December 6, 2012

solemnization....*_^





Majlis pernikahan : 24 mac 2012 (Sabtu)
Tempat : Masjid Jamiul Khair, Tg Karang , Selangor




cincin untuk yang tercinta


hantaran yang sy gubah untuk si dia cinta hati
bukan sy yg gubah ok....kakak sy...*_^
biasa2 saja
tapi ia ada moment kat situ yg blh sy kenang sama2 nanti
^_^















































sedang di makeup kn oleh mak andam sy
sedang sarat kakak tu melayan karenah sy dan en asben...







akad nikah sedang berlangsung



syukur walaupun dengan 2x lafaz...sy selamat bergelar isteri kepada sang suami..




amin....


baca taklik








suka nya uda dan dara tu..!!!




kucupan pertama dr suami..



gambaran brsama keluarga belah en asben



love...love....love...









bersama sebahagian adik beradik...nice moment



tarikh 24.3.2012
selamat sudah sy bergelar isteri
selepas halangan denmi halangan mencari cinta sejati
sy bersyukur sgt2
doa sy dimakbulkan Allah
ternyata anggapan sy itu tidak salah
dan takkan pernah salah

moga kekal sampai syurga insyaAllah
bukan mudah membina bahagia sebenarnya...
tp kna cuba dan terus mencuba...







Tuesday, December 4, 2012

cupcake in da house...*_^






nyum3
sedapnya cupcake coklat nih!!






al kisahnya
semalam gigih ni bersilat kat dapur
kunun nk wat cupcake
last2 godek punya godek resipi lain
try la wat
sekali tk jd cupcake pun
jd kek pun tkde rupa
jd kuih bingka dah sy rasa
padan muka kamu kannnn....*_^



edisi balas dendam malam ni
pkai resipi biasa yg slalu sy buat
nasib baik jadi....hihihih
senyum smpi tlinga....
yahooooooo !!!




* lain x sy share resipi ok...gerenti mkn sekali nak rasa 10 x...tk tipu punya kali ni....hehehe





Monday, December 3, 2012

tahniah kazen...






info majlis

tarikh : 10 November 2012
hari : sabtu
tema : pink hitam


selamat menjadi tunangan orang dah mimi wahidah
dia ni sepupu saya
sebelah abah
tempoh pertunangan adalah setahun
moga selamat hingga ke jinjang pelamin both of u...





tu diaa bakal pengantin....ngn adik bongsu saya...mcm kembar kannn!!






hantaran dr pihak perempuan







hantara dri pihak lelaki...purple hitam...so elegan...










Thursday, November 29, 2012

28.11...setahun sudah berlalu..





setahun sudah berlalu
28.11.2011
saya telah selamat dirisik seorang jejaka
yang sy tak pernah mimpi pun nak kawan dengan dia
kami couple sekejap sangat
bulan 11 dia da hantar rombongan
dan semalam genap setahun dah tarikh tu
teringat la tu kannn
kenangan awak tu
hihihihi


sy share ckit utk sume tgk...




tu dia....*_^





kain pasang utk bju melayu





kurma...semanis cintaku...




buah buahan mcm petik belakang umh je...tkde la...gebang lebih...hihih




puding ros




kek ala2 tema katanya....*_^





tu tgk....hantaran kami berdua...ala kadar saja..





tu diaaaa...tuan punya badan....adik sy make up kn...free je...hihihih



da basi dah citer ni pun
ni la bru nk share kan...kan....
majlis tu dibuat kecil2 an je
sebab ada kisah disebalik tu
apa pun sy bersyukur Allah permudahkan urusan kami berdua
jodoh tu Allah yang maha mengetahui segala2nya
pertemuan itu adalah kenangan terindah utk kami kenang sama2



byk lg pic
tapi ckup la wat syarat je ok...hihihih
doakn jdoh kami sampai ke syurga firdausi....^_^






Saturday, November 17, 2012

durian oh durian....nyum3..





D.U.R.I.A.N
menjadi fenomena luar biasa skrng ni
orang dok kabar sana sini durian crepe bagai
sedap ker???



al kisahnya
sy da rasa pun durian crepe tu jumaat lepas
kulit durian crepe tu
mcm kuih gulung je rsa dia
tk blh masuk dengan tekak sy la
dan sy bukanlah penggemar tegar durian kannn!
so rasa dia biasa2 je 
cuma disalut dengan krim tu
rasa lain ckitla...


tapi....tapi....tapi...
itu pandangan peribadi sy je ok
tepuk dada tanya selera...



tapi mlm ni dengan murah hati jek
en asben belikan sy durian 2 biji ptg tadi
apa lagi byk jgk la sy mkn kan
terima ksih sygku
setelah berbulan2 pjuk sebab nak makan durian
tak dpt2
alasannya sebab everyday sy kena mkn ubat
sabar jelah!!




tu diaaa...byk tk hengat....nk mkn berdua jek! hihihih







Friday, November 16, 2012

red velvet cupcake!!







tu diaaaa
rupa dia kemain lagi
cntik menarik kau memang da boom
klu rasa agaknya
blh muntah kot



ni eksperimen cuti maal hijrah yang lepas...
gigih nya pas subuh bersilat kat dapur untuk cuba jaya resipi ni...
hihihih


rupa da ada
tapi rasa kena improve lagi tu
next time kita cuba lagi okeh!!








Wednesday, November 14, 2012

kembali bekerja









cuti panjang sungguh kali ni..
cuti yg tak planning lansung oleh saya dan en asben
dr jumaat melalut sampai hr selasa baru pulang ke rumah sendiri
apa pun sangat best sebab dapat spend masa dengan mak abah
adik beradik yang lain
heaven rasanya
tapi semalam siap2 nak balik
mak kata kenapa nak blik cepat sangat
alahai mak
ikut hati uda ni
memang taknak balik langsung
tapi mengenangkan umh yang da berapa lama tak di sapu di mop tu
saya bataskan masa saya tu
saya jadi kalah kalau dia cakap merayu mcam tu ngn saya



jumaat yang lepas
sesi pertama utk bln 11 ni pi treatment cuci telinga saya
lama sangat dia cuci telinga kiri saya
nasib tak sakit
tapi sebelah kanan kejap je
tapi sakitnya
sampai saya menangis dibuatnya
nurse tu sampai terkejut 
sabar ye...jgnla menangis
cmana tk nangis
Allah je yg tahu rasanya camana



balik dari amik ubat tu
saya jalan2 sekitar hospital tu
saya ternampak orang buat jualan kt citu
mcm2 ada
saya niat nk cari jeli gamat
dapat cari
tapi bukan jenama tu yang saya nak
saya pn beli dan trus mkn blik tu
so far 5 hari ni sy mkn nampak makin baik
harap smpi jumpa doc 2 weeks later
ada berita yang lebih baik lagi yg sy akan dapat
insyaAllah...


* doa2 kan saya sumenya...*_^










Tuesday, November 6, 2012

best quote...






Jika kau merasa kecewa
Pandanglah ke sungai
Airnya mengalir biarpun
Berjuta batu menghalang


Jika kau merasa sedih
Pandanglah ke langit
Kau akan sedar bahawa
ALLAH SENTIASA BERSAMA KAMU














Monday, October 29, 2012

tahniah acu...a.k.a adik bongsu saya..





tahniah acu....we are proud of u...



ni adik bongsu saya
selamat menerima ijazah dia di UKM
isnin lepas


saya dan asben bergegas ke sana
untuk meraikan
sempat la belikan bunga besar tu untuk dia



tahniah lagi sekali
pas ni boleh keje bagus2
bantu mak dan abah



jangan nak manja sangat la sebab awk tu dah tua okeh!!
tak lama lagi mungkin nak kawen dah...hihihih



dia ni anak bongsu dalam keluarga saya
dan kami sangat manjakan dia
sebab dia yang paling last kan


congratulations agains....^_^






isnin lagi...





assalamualaikum
selamat pagi isnin
selamat pagi cinta
selamat pagi sayang


syukur Allah masih memberi nafas untuk sehari lagi
memberi kesempatan untuk 
jadi hamba yang terbaik
hamba yang sempat untuk bertaubat


datang kerja dengan semangat yang luar biasa
dan insyaAllah hasilnya mungkin luar biasa juga
itu pesan seorang pakar motivasi terkenal


hidup ini begitu singkat untuk kita habiskan dengan air mata
jadi nikmati hidup ini dengan kebahagiaan
senyum tawa
dan kesyukuran


moga kita sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah insyaAllah
untuk suamiku
kamu adalah anugerah terindah dari Allah untuk saya
syg kamu sampai syurga firdausi....
semoga Allah sentiasa memelihara cinta kita
sayang kita
pengorbanan kita
terima kasih jadi suami yang terbaik untuk saya...







Thursday, October 25, 2012

salam aidiladha 1433H





lembu berkejar kejaran
kambing meronta2 mintk dilepaskn
unta pura2 sakit plak..
salam aidiladha 1433H





pengorbanan
apa yang telah kita berkorban sebenarnya


untuk mak abah
terutamanya
sy da berusaha untuk jadi ank yang terbaik utk mereka
memberi kebahagiaan
dan mungkin sedikit senang mungkin
tapi itu semua dengan izinNya


untuk diri sendiri
saya tak tahu sama ada sy sudah berkorban yg terbaik utk diri saya atau pun tidak
namun untuk penyakit saya
saya da berikan 100% fully comitment
untk sy hadapi sakit sy ini
untuk sy redha bahawa ujian kesakitan ini memng Allah beri utk sy


untuk en asben
sudah kah sy berkorban yang terbaik utk dia
msih jauh perjalanan hidup kami berdua
masih panjang masanya
tapi utk saat ini
saya sudah buat yg terbaik utk segala keperluan dia
istri yg mithali katanya..
hihihihi



apa pun kita hanya merancang
Allah jua merancang
sy cuma mengharapkan apa yg sy korbankan tu biarla ikhlas
biarlah tujuan saya itu sampai 


selamat menjalani ibadah korban pada sume...
^_^






Monday, October 22, 2012

eksperimen lagi...ujian lagi...





bulan oktober ni sangat menguji keimanan
dan kesabaran saya sebagai hamba sahaya
kenapa????
bulan ni saya demam teruk
dengan sakit tekak
kemudian selsema lagi
aduh
Allah je maha tahu smua tu
tapi saya redha..


pegi cek doc
macam biasa la
ada berair ckit effect dari saya batuk dan selsema teruk tu
bulan ni 3 kali saya kena mc
sebab kena jumpa doc pakar saya
Allahurabbi
dugaan sungguh
dengan banyak tugasan di pejabat
rasa berat hati nk tinggalkan opis tu
saya dpjuk la doc tu suh jumpa lewat ckit
tak nak dia..
dia kata nnti lagi lama lagi susah nak baik sebab awak selsema
doc tu ingat hospital tu sebelah umah saya kot
jauh sangat saya rasa



macam biasala
dpt ubat tekak
pahit gler kalau spray dlm mulut tu
aptb!!!
ubt antibiotik
ubat selsema
ubat batuk
ubat titik telinga
ubat spray hidung
berapa banyak daaaaa....
dan mcm wat ujikaji kot badan saya ni
sabar je la
istighfar banyak2 dalam hati


tapi sampai hari ni msih ada lagi sisa2 flu saya
saya harap baik la cepat
da tk snggup rsanya asik mc jek!!!





sabar la wahai jiwa...Allah sedang berbicara dengan kamu iza
bergantung la pada Allah
Dia maha mendengar setiap permintaan kamu
moga saya kuat
nak lawan sakit saya
nak hadapi sakit saya ni
plzzz
jaga diri baik2
jangan sampai demam lagi iza
no more sakit2 ok
effect nya sangat banyak pada kamu...