LOVE

LOVE

About Me

My photo
simple people..sgt syg orang disekelilingnya...sgt mengutamakan hati dan kepentingan orang lain lebih dari hatinya sendiri...i luv my husband...sampai syurga firdausi...
Powered by Blogger.

cik purple

cik purple

Friday, June 15, 2012

cinta....kamu dan dia...







L.O.V.E
L.O.V.E
L.O.V.E


cinta dan kasih sayang
tak boleh dipaksa
ianya fitrah manusia


ada orang di sekeliling saya
menyintai tanpa alasan
menyintai dengan ikhlas
tapi kelukaan yang di balas
menyintai bukan dengan insan pilihan
menyintai sepenuh hati tetapi dikhianati
menyintai tetapi halangan keluarga datang bertandang
menyintai tetapi tidak mampu meluahkan
menyintai tetapi sudah menjadi milik hak orang lain



macam-macam sebab dan alasan
kerana apa kita mencintai dan dicintai


ada insan berkahwin
tetapi bukan dengan insan pilihan hati
lantas
ada yang makan hati
walaupun bertahun mahligai di bina
tetapi masih belum mampu membina sayang yg diingini


ada pula berkahwin dengan insan yang dicintai
badai pula datang menerpa
insan ketiga datang meroboh istana


ada pula membina mahligai
masalah dalaman suami isteri pula menjadi taruhan
mungkin masalah tiada rezeki anak
setelah bertahun berusaha
mungkin juga menjadi ujian pada insan yang berumah tangga


apapun pokok ceritanya
ia bermula dari cinta
cinta itu prmulaan nya..
semuanya telah ditetapkan sejak azali
sejak di loh mahfuz lagi


pandangan saya
cinta itu perlu dibina
perlu dipupuk
perlu disiram hari-hari
yang penting
kepercayaan
kejujuran
tolak ansur
dan ada rasa tanggungjawab atas rasa cinta yang di bina itu
kalau kit tahu tanggungjawab itu
insyaAllah
bahagia tu pasti akan kita kecapi
yang pastinya cinta memang memerlukan pengorbanan
perlukan kesabaran







pesanan saya pada insan-insan di luar sana
cari la cinta selagi anda mampu
pilihla selagi mana boleh memilih
tetapi andai itu jodoh yang ditakdirkan
terima la seadanya dia
bagi yang kecundang di landasan percintaan
jangan bersedih
kerana setiap kehilangan itu Allah akan gantikan yang lebih baik dari yang dulu
itu janji Allah


tika satu pintu kebahagiaan tertutup
usah terpaku terlalu lama di pintu tersebut
kerana percayalah
banyak lagi pintu-pintu kebahagiaan yang akan dibuka untuk kita...







saya bersyukur untuk nikmat yang terindah ini 
pada saya dan suami
moga Allah sentiasa memelihara
cinta kami berdua 
insyaAllah











No comments:

Post a Comment