LOVE

LOVE

About Me

My photo
simple people..sgt syg orang disekelilingnya...sgt mengutamakan hati dan kepentingan orang lain lebih dari hatinya sendiri...i luv my husband...sampai syurga firdausi...
Powered by Blogger.

cik purple

cik purple

Wednesday, February 9, 2011

kata - kata pengubat hati


kata2 kt bwah cik purple adaptasi dri buku ni..siyes memg best buku ni.cik purple syorkan blh bli la n baca.tuk pnduan kita bersama..nasihat n ayat2 dlm ni memg mncengkam jiwa ahh klu baca. promote nmpak.sbb
 dh bli kn.so cik purple dh baca.tp blum khatam lg daaa.






Lihat lah ke kiri dan ke kanan
anda akan menyaksikan betapa ramainya
insan yang sedang mendapat cubaan
Selusurilah di setiap rumah
pasti ada yang merintih
dan setiap pipi pasti pernah basah oleh air mata
Maka anda bukan satu – satunya insan
yang menerima dugaan
Percayalah......ALLAH tidak pernah menyulitkan hambaNya
Namun ...harus diinsafi bahawa DIA
tidak memberikan apa yang kita mahu tapi
memberikan apa yang kita perlu
Terimalah segala ketentuan dengan lapang dada,
tanpa dendam tanpa prasangka

Terimalah kenyataan bahawa ketentuan Tuhan adalah yang terbaik
kerana tidak ada yang terjadi sebagai kebetulan
Ini kerana kita tidak mampu
menaikkan hujan yang turun dari langit
juga tidak mampu menahan siang
untuk tidak datangnya malam
Binalah keyakinan bahawa ada kala
apa yang terjadi kita tidak suka tapi Allah suka
Kalau Allah tahu setiap helai daun yang gugur
mana mungkin DIA tidak tahu apa yang kita lalui
Segalanya terjadi atas susunan petaNya
maka hadapilah segala dugaan dengan lapang dada

Allah itu lebih dekat dari urat leher kita
dan perhatianNya tidak pernah terputus walaupun sesaat
Sesungguhnya, Dia tidak pernah mencabut sesuatu daripada kita
kecuali menggantikan dengan yang lebih baik
namun itu terjadi apabila kita redha dengan segala ketentuan
yang telah ditakdirkan
Belajarlah melupakan, betapa pun berat dan sakit yang dialami
Ingatlah...kita masih ada al-Quran, masih ada doa,
masih ada solat dan masih ada ruang berbuat baik
untuk memperbaiki kesilapan masa lalu....

No comments:

Post a Comment