LOVE

LOVE

About Me

My photo
simple people..sgt syg orang disekelilingnya...sgt mengutamakan hati dan kepentingan orang lain lebih dari hatinya sendiri...i luv my husband...sampai syurga firdausi...
Powered by Blogger.

cik purple

cik purple

Friday, February 15, 2013

pemergian nenekku tersayang ke rahmatullah...



tanggal 13 Januari 2013 bersamaan 2 Rabiul Akhir 1434H
coretan adik bongsu ku..utk nenek kami yang tersyg...



Sedang embun jantan menitik di luar awal dinihari 3.40 pagi tadi, aku mendapat mesej perkhabaran nenek telah dijemput ilahi..hati terus sayu mengenang satu-satunya nenekku yg tinggal telah meninggalkan kami semua pada tanggal hari ini.

Di rumahnya persiapan jenazah dilakukan oleh seorang ustazah yg dilantik khas untuk menguruskan jenazah nenek..aku membantu ustazah itu memotong dan mencarik kain kafan yg tebal itu..pertama kali aku merasainya..kainnya kasar dan tebal..baunya seakan minyak angin..kemudian aku taburkan pula serbuk cendana di atas lapisan-lapisan kain kafan itu dan juga pada kapas untuk membaluti bdn nenek..baunya terlalu kuat sehingga menusuk ke dlm rongga hidungku..selapis demi selapis tubuh nenek dibalut...nenek tidak memakai telekung yg brjahit seperti muslimah biasa sebaliknya ustazah membuatnya menggunakan kain kafan itu juga..kata ustazah, nikmat dunia sudah hilang bagi nenek..segala yang berbaki padanya haruslah brtujuan bkn untuk dunia lagi..lalu yg terakhir air mawar disiram..sejujurnya semua ini adalah pengalaman pertamaku dalam menguruskan jenazah..jenazah nenekku sendiri..

Anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit nenek mencium nenek buat kali terakhir dan suasana menjadi terlalu hiba dan sebak dgn tangisan apabila ustazah membacakan doa usai tubuh nenek dikafankan..kemudian nenek telah selamat di solatkan oleh jemaah lelaki..

Aku hntr jenazah nenek sampai ke tanah perkuburan..di situlah nenek disemadikan..talkin dibacakan..semua tunduk menginsafi hakikat alam kematian..yg pasti nenek akan menghadapi alam lain pada malam ini..

Sesungguhnya aku insaf..benarlah, apabila kita menguruskan jenazah seseorang muslim, maka kita akan lebih dekat tentang hakikat alam kematian..ia adalah sesuatu yg bakal kita hadapi..setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati kerana itulah akad janji yg terpatri sebelum kita lahir ke dunia ini..

Di luar langit masih suram..hujan belum pun berhenti..semoga arwah nenek tenang dan ditempatkan di kalangan org yg beriman..Amin ya rabbal alamin..


*********************************************************************************



* sejujurnya...saat mendpt perkhabaran seawal subuh itu..hati di pagut rasa sayu yang ter amat... hanya pada Allah pergantungan ku saat itu..sejujurnya nenek la orng prtama yg terdekat dlm hdupku dipanggil ilahi
Allahurobbi...Allah je yang tahu saat itu apa yang aku rasa..
air mata ni bagai tak mahu kering di kelopak mataku..
saat aku tiba...sekujur tubuh nenek terbaring lesu tanpa nyawa..
segala nikmat dunia sudah tiada lg..
sedihnya hnya Allah yang tahu
saat selepas di kafankan aku menangis semahu2 nya
tp aku segera ingat itu semua janji Allah yg pasti
yg hidup pasti akan mati..
aku tahu hakikat itu
iza syg nenek dunia akhirat
pemergian nenek dlm keadaan yg mudah sekali
wajahnya begitu tenang
bau nenek masih sama seperti ketika dia msih brnyawa
ku cium wajahnya buat kali terakhir

kerana itulah nenek ku
yang jarang sekali meninggalkan sembahyang nya
selalu solat di awal waktu
zikir tidak pernah lekang dr bibirnya
mudah2an arwah nenek tenang di alam sana..insyaAllah..

tabahkan hati2 kami Ya Allah
menerima prkhabaran ini dengan redha...
sesungguhnya di dunia ini semuanya hanya pinjaman dari Mu Ya Allah..

al fatihah...










No comments:

Post a Comment