LOVE

LOVE

About Me

My photo
simple people..sgt syg orang disekelilingnya...sgt mengutamakan hati dan kepentingan orang lain lebih dari hatinya sendiri...i luv my husband...sampai syurga firdausi...
Powered by Blogger.

cik purple

cik purple

Friday, April 8, 2011

~ adakah kita bertemu dengan orang yang salah ~


Renungan di pagi jumaat....cik purple datang kerja berjubah merah hitam hri ni..mood hri ni besa2 jek..wish dpt lalui hri ini dgn baik la.hehehe...kita tgk ckit tazkirah tuk hri ni....

Terkadang kita terfikir :
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
1.  Teman sekerja yang tak 'ngam'?
2.  Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
3.  Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?
4.  Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
5.  atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?
Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramai manusia yang akan mengecilkan hati kita, dan sukar untuk kita bersama dengan mereka.  Pelbagai ragam dan karenah manusia yang dapat kita temui di dunia ini.  Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa ......
Firman Allah yang bermaksud :
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]
    1.  Untuk berkenalan, untuk mengetahui untuk mengenali manusia lain.
 2.  Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita    berbanding manusia lain.
 3.  Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.  Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.  Walaupun diri kita dengan persamaan satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah......
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?  Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan....
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Kerana Allah telah menetapkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.  Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.  Setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.  Walaupun banyak menguris hati kita pada dia, namun tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita akan kekurangan diri kita sendiri.
Bukankah “seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati” kata-kata yang dipetik dari pepatah Arab.  Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah untuk kita belajar sesuatu darinya.  Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah.  Semua yang kita temui adalah perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang erti kefahaman seterusnya masuk ke dalam jiwa kita yang jernih. Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.  Itulah dia Allah.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang menjaga hati kita. Insya-Allah.
And He Knows best.
Bersabar, dan teruslah berdoa.
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..
Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment