7 Cara Bersahabat Kerana Allah
1.Memberitahu
temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya
Nabi Muhammad S.A.W
bersabda:
'Jika seseorang kasih
kepada seseorang makan hendaklah dia memberitahu temannya'
(HR Abu Daud)
2.Apabila berpisah
dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa
pengetahuannya
Nabi Muhammad S.A.W
bersabda:
'Setiap hamba muslim yang
mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan
berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya'
(HR
Muslim)
3.Sentiasa bermanis
muka ketika berjumpa sahabatnya
Nabi Muhammad S.A.W
bersabda:
'Janganlah kamu meremehkan
kebajikan sedikit pu , sekalipun dengan berjumpa
temanmu dalam keadaan wajah yang ceria'
(HR Muslim)
4.Segera bersalaman
ketika bertemu dengan temannya
Nabi Muhammad S.A.W
bersabda:
'Setiap dua orang Islam
yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka
berpisah'
(HR Abu Daud)
5.Amalan
ziarah-menziarahi
Nabi Muhammad S.A.W
bersabda:
'Hendaklah kamu menziarahi
sesekali nescaya akan menambah kasih sayang antara kamu'
6.Memberi
Hadiah
Nabi Muhammad S.A.W
bersabda:
'Hendaklah kamu saling
memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang'
(HR Thabrani)
7.Membantu
sahabat-sahabatnya dalam kesusahan
Nabi Muhammad S.A.W
bersabda:
'Orang yang berjalan untuk
menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2
bulan'
(HR Hakim)
Sumber:Ukhuwah Islamiah
(Dr Abdullah Nasir Ulwan)