LOVE

LOVE

About Me

My photo
simple people..sgt syg orang disekelilingnya...sgt mengutamakan hati dan kepentingan orang lain lebih dari hatinya sendiri...i luv my husband...sampai syurga firdausi...
Powered by Blogger.

cik purple

cik purple

Thursday, September 29, 2011

hari2 ku lalui sgt indah




dh nk hmpir sebulan pn....brkawan ngn someone yg sy tk pnah trfikir pn..dia hadir mengutus salam pada sy...dengan rela hati sy cuba brkwn..sy cuba mnerima kehadirannya..


sy cuba buka pintu hati sy lg skali...alhamdullilah..Allah makbulkan doa sy..spnjng 5 thn sy menanti..akhirnya..sy jmpa juga org yg sy inginkn..sy tahu Allah tu tk pnah menzalimi hamba2 dia...mgkin sudah tiba msanya iza...kamu harus mnerima kenyataan..yg kamu akn mnjadi hak org tk lama lg...


masa begitu pantas berlalu...kami mula mnerima hati masing2 utk disatukan mnjdi satu..dengan redha dan izin yang Maha Esa..hari2 yg sy lalui sgt indah saat ini...wrna2 hdupku berubah serta merta.aku bersyukur utk semua nikmat yg Kau beri padaku.peliharalah ia agar aku dpt mnjadikan nya lebih brmakna.


utk bakal suamiku....insyaAllah...trima la aku seadanya aku..jgn mngharapkan lbih dri ku..krn aku hnya lah insan biasa..yg byk salah n silapnya...insyaAllah aku akn sntiasa mnjdi yg trbaik utk kamu...utk kita brdua...brdoa lah...moga doa kita dimakbulkan Allah...sabar ye sayang..krn sabar itu sgt indah...

Tuesday, September 20, 2011

perancangan Allah tu adalah yg terbaik

saat ini
tika ini
aku msih mnghitung hari dan waktu
utk aku
biarkan masa yang merawat segala-galanya...


aku yakin
perancangan Allah tu lbih baik kn
aku yakin itu..


masa akan berjln seiring dengan waktu
dan aku masih akan setia menunggu
wktu itu tiba


berikan aku kesabaran yg tidak terbatas
utk aku tabah melalui semua dugaanMu


smoga kamu akn sntiasa di sisi sy
sabar utk mghadapi semuanya


sabar ye sayang
insyaAllah doa yg baik insyaAllah akn dpt yg baik..











Wednesday, September 14, 2011

syukur padamu Ya Allah...

apa yg pun yang ku rasa saat ini...semua dgn izin Allah..aku bersyukur utk semuanya...



Lihat lah ke kiri dan ke kanan
anda akan menyaksikan betapa ramainya
insan yang sedang mendapat cubaan
 
Selusurilah di setiap rumah
pasti ada yang merintih
dan setiap pipi pasti pernah basah oleh air mata
 
Maka anda bukan satu – satunya insan
yang menerima dugaan
 
Percayalah......ALLAH tidak pernah menyulitkan hambaNya
 
Namun ...harus diinsafi bahawa DIA
tidak memberikan apa yang kita mahu tapi
memberikan apa yang kita perlu
 
Terimalah segala ketentuan dengan lapang dada,
tanpa dendam tanpa prasangka

Terimalah kenyataan bahawa ketentuan Tuhan adalah yang terbaik
kerana tidak ada yang terjadi sebagai kebetulan
 
Ini kerana kita tidak mampu
menaikkan hujan yang turun dari langit
juga tidak mampu menahan siang
untuk tidak datangnya malam
 
Binalah keyakinan bahawa ada kala
apa yang terjadi kita tidak suka tapi Allah suka
 
Kalau Allah tahu setiap helai daun yang gugur
mana mungkin DIA tidak tahu apa yang kita lalui
 
Segalanya terjadi atas susunan petaNya
maka hadapilah segala dugaan dengan lapang dada

Allah itu lebih dekat dari urat leher kita
dan perhatianNya tidak pernah terputus walaupun sesaat
 
Sesungguhnya, Dia tidak pernah mencabut sesuatu daripada kita
kecuali menggantikan dengan yang lebih baik
namun itu terjadi apabila kita redha dengan segala ketentuan
yang telah ditakdirkan
 
Belajarlah melupakan, betapa pun berat dan sakit yang dialami
Ingatlah...kita masih ada al-Quran, masih ada doa,
masih ada solat dan masih ada ruang berbuat baik
untuk memperbaiki kesilapan masa lalu....
 
 
 
 
 

Friday, September 9, 2011

Jodoh: Memilih si A atau si B?

Pilihan itu terasa lebih sukar kerana kedua-dua calon itu kelihatan baik dan punya kelebihan masing-masing.
Juga diketahui ada kelemahan masing-masing, yang membuatkan kita amat berhati-hati bercampur bimbang membuat pilihan.

Teman-teman dan adik-adik yang dikasihi, ambillah masa yang sewajarnya untuk taaruf dan bangunkan komunikasi samada secara direct atau melalui orang tengah.

Adalah penting usaha kita sebagai seorang insan untuk merisik, menyiasat, menyoal selidik dan segala bentuk pencarian maklumat dan latar belakang insan yang kita cenderung menerimanya sebagai teman hidup.
Bukan mencari kesempurnaan, bukan menyelongkar keaiban insan lain - namun penyiasatan dan pemerhatian kita kepada bakal pendamping adalah persediaan penting.

Menjadi pembuka mata untuk kita membina rumahtangga dengan lapang dada dan bersedia dengan kemungkinan yang tiba.

Sebaiknya penyelidikan kita itu, kita musyawarahkan dengan ibu ayah atau orang-orang yang amanah dan berilmu. Kita bukan meminta orang lain membuat keputusan, namun pandangan mereka akan menjadi extra mata dan telinga untuk kita memilih teman hidup dengan teliti.
Jika kelak kita telah membuat keputusan memilih samaada si A atau si B, ada perkara-perkara penting pula untuk DIRI KITA sendiri fokus dan lakukan.


Usah bermain-main dengan keraguan perasaan...


Akankah lelaki ini kelak membahagiakan diriku?

Adakah lelaki ini akan menjadi pemimpin yang baik untukku?

Akan tulus ikhlaskah cinta kasihnya padaku?
Adakah lelaki ini kelak akan menghormati dan menghargaiku sebagai seorang isteri?

Bagaimana kelak dia akan melayaniku sebagai isteri, akan santun dan baikkah pekertinya?

Adakah kelak lelaki ini akan boleh menyesuaikan diri dan berbuat baik dengan ahli keluargaku?

Adakah hati ini akan bahagia menjadi isteri kedua, terlibat dengan poligami?


Sesungguhnya persoalan-persoalan ini adalah penting bukan untuk si dia bakal suami, tapi manfaatkanlah persoalan ini untuk perbaikan diri kita dalam menjadi seorang isteri.

Jika jawapannya tidak seperti yang kita jangkakan dan harapkan, bila-bila masa sahaja alam pernikahan akan mengundang kecewa dan gundah berpanjangan.


Sebaliknya, marilah bertanya pada diri...


Wahai diri, adakah keperibadian seperti diri ku ini kelak akan membahagiakan hati seorang suami?

Adakah karakter diriku ini membuatkan suamiku tenang dan senang dengan diriku sebagai orang/ isteri yang dipimpin?

Mampuku diriku tulus mencintai suami kerana Allah, bersabar dan berhikmah dengan seribu satu kelemahannya?

Mampukah kelak diriku menghormati keputusan dan tindakan suamiku sebagai pemimpin, walau ia berbeza dengan kehendak dan rasa hatiku?

Mampukah diriku menjadi isteri yang merasa cukup (qanaah) dan menghargai pemberian dan kebaikan suami setulusnya?

Kelak adakah diriku mampu untuk memilih akhlak seorang isteri yang penuh ketaqwaan sewaktu hati dicuit ketidakpuasan dan kemarahan jua kesedihan?

Harus bagaimana nanti untukku menyesuaikan diri jika ibu bapa mertua dan ipar duai tidak serasi cara hidup dan pemikiran mereka denganku?

Seandainya diriku menjadi isteri kedua atau ketiga, apakah sumbangan dan perananku untuk menambah kebahagiaan suami dan keluarganya yang sedia ada?

Nah..ayuh kita bersama menjawab persoalan ini, dan mengubah diri menjadi lebih baik.

Ya, kita takut tersalah pilih dalam membuat keputusan untuk pernikahan,namun percayalah Allah bersama-sama dengan orang yang melakukan kebaikan, yang sentiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan.
Sikap, karakter diri, dan penghayatan Islam pada diri kita sendiri insya-Allah kelak akan bawa pengaruh yang besar pada suami dan rumahtangga.

Saat ini, berusahalah memilih calon suami yang beriman, usah keterlaluan memikirkan masa depan yang kita tak ada kawalan.

Isteri yang baik, tidak semestinya memiliki suami yang baik, kerana pernikahan adalah ruang ujian, teman hidup kita boleh saja menjadi ujian getir dalam hidup yang sebentar ini.

Suami akan berubah - cepat atau lambat, namun moga sifat dan sikap kita yang penuh nilai-nilai kebaikan mampu menjemput suami dan anak anak berubah kepada jalan yang dicintai tuhan.


credit to : iluvislam.com

Thursday, September 8, 2011

ibu n abah kesayangan saya...

 
pic di pagi 1 syawal 2011




mak abah...sy syg mak abh sgt
time kasih krn tk ptus2 mndoakan kebahagiaan dan kesihatan sy
time ksih sbb jaga sy semasa sy skit
smpi sy sihat


mereka adlh insan yg pling sy syg kt dunia ni
mereka adlh role model utk sy



mak dan abh
sy jnji akn mmbhagiakn mak n abh dunia dan akhirat
insyaAllah








kucing baru..

tu diaaaa...kucing baru ni..baru jadahnya...ni kucing yg kakk cik purple antr ke kmpung..sbb dia dh bli kucing baru...kcang lupakan kulit btul...hehe....comel sgt kucing ni...sbb dia baka dri kucing siam n kucing biasa.kaki dia pndek je...heheh..ska melompat2..comel la...tp cik purple tkut kucing ye...semua dh tau kn...hehe..




mata dia sweet



















kata - kata smngat utkku...

~ 'Hatta 1 tusukan duri itu sbg kaffarah dosa'..sabarlah wahai jiwa..rsa pnyesalan, ksedihan dan dukacita dr ksilapan lalu jga pnghapus dosa...maka jiwa sharusnya dikau sdar bhawa Allah itu Maha Pengasih lg Maha Penyayang..tidak akn dibebnkn seseorg hamba itu melainkan ats kemampuannya...~




sesungguhnya aku redha atas stiap dugaanMu kepadaku..





Friday, September 2, 2011

laila isabella....










msti anda ingt citer ni kn....cik purple ska tgk citer ni..ulang byk kali pn tkpe..hehe..


Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis biasa, lasak dan kasar ala tomboy bernama Laila yang gemar bermain pool dan menaiki skuter. Laila berkawan rapat dengan Azam dan Azam menaruh hati kepada Laila tanpa pengetahuannya. Laila bertugas sebagai pembantu Azam di kedai menjual VCD. Laila jugalah yang menghantar VCD yang dipesan oleh pelanggan. Kedai itu dimiliki oleh Azam, seorang graduan universiti yang tidak bergantung kepada kemewahan keluarganya. Mereka rapat tetapi kerapkali bergaduh.


Ost dlm citer ni...



"Andainya ku pergi tak usah disesali kerana ku sangsi... adakah cinta masih disini? Andainya kau tahu ku mencintaimu, ku pasti dirimu tak akan tega melukaiku. Sampai bila akan begini? menyimpan rahsia hati, relakanlah aku pergi walau cinta masih di hati dan airmata menemani. Langkahku yang semakin tak pasti membawa kelukaan ini."



ayt yg cik purple ska dlm citer ni..


hidup kita ni mcm anak panah...kita tkda sasaran..

suka ke tk suka ke trpksa kita terima..

walau apa trjadi..hdup msti diteruskn..

hidup msti berani terima kenyataan

baik ke buruk ke..trus..jgn toleh belakang





mangga oh mangga....





sdapnya mangga ni...



tu diaaa...nk citer nih..
pokok ni pnh skali je kot brbuah
dlu brbuah ada la 2 3 bji je kot
rasa nk tebang3 je pokok ni kn..



tp msa cik purple blik nk raya tu
cntik je dia brbuah
lebat gler
mcm kt dusun plak..
heheh...



ingt klu tk brbuah jgk cik purple memg nk tebang je
tp elok plak dia brbuah kn..
raya ni dptla hidang kt para tetamu..heheh



tp ada 1 hri tu
cik purple tgh isi minyk nk psang plita
cik purple brdiri kt meja btu tu
nk isi minyk kt 1 plita tu
tk sampi bape saat
ank buah cik purple pnggil
rupanya ada 1 dahan dia ptah
nsib baik tk kene cik purple
klu tk braya kt hospital la gamaknya...


last2 mak buat jeruk
sbb buah dia yg jtuh tu smpi 2 besen dpt
hambik koo...
cik purple tk blh mkn msm2 sgt
sbb suspek ada gastrik
ckit2 blh ler..
mak cik purple mengaruk nnti..
heheh...



Thursday, September 1, 2011

Kelebihan Surah Yaasin...







sempena mlm jumaat ni...cik purple kongsikan kelebihan mmbaca surah yasin...moga kita sama2 mndpt manfaatnya...





Ayat 1 - 9  : Untuk keselamatan diri

Ayat 9  : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.

Ayat 12  : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35  : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23  : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30  : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam

Ayat 33 - 35  : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36  : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. 
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37  : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38  : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39  : Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40  : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41  : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44  : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48  : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49  : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1   - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11  - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50  : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58  : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76  : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79  : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan  badan .Untuk doa ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.

Ayat 79  : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82  : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x .
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. 
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut  pastu  baca pada air 100x  berdoa apa sahaja hajat 

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma         - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima         - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin         - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Seelok-eloknya dibaca :
1. Selepas sembahyang subuh 
2. 3 Jumaat berturut-turut 
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x 
4. Ayat 38 - 12x 
5. Ayat 58 - 7x 
6. Ayat 82 - 14x 
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x. 
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah. 
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul. 





Wallahualam.



kisah hati..











Sang salji itu putih suci indah berseri. Halus lembut terisi. Perlambangan itulah kasih suci ini. Kepadamu yang bernama seorang lelaki. Kau mampu memberi warna pada bumi yang tandus ini. Kau mampu menguasai segenap kotak hati ini. Kau mampu memberikan nafasmu untuk aku tidak sesak lagi bernafas dalam keresahan ini.


Namun simpang siur hidup ini terlalu rapuh untuk dijalani. Hampir retak menanti belahnya. Ibarat telur dihujung tanduknya. Begitulah perumpamaan perjalanan kita. Andai masa bisa menentukan apakah hala tujunya, aku redha dan berserah padaNya.